Monday, 19 December 2011

Sejarah Penubuhan Salimah Malaysia


Sebuah Seminar Pemantapan Pendakwah Muslimah dan Pelancaran SALIMAH-TERAS anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) telah dilangsungkan di Dewan Syarahan Utama, Masjid Negara, Kuala Lumpur.



IKLAN 


Logo Salimah Malaysia

TERAS adalah pertubuhan kemasyarakatan yang hadir ditengah-tengah persada Negara ini sejak 1 Muharam 1421/28hb April 1998 untuk membawa transformasi kepada umat Melayu-Islam khususnya dan kaum muslimin umumnya termasuk juga rakyat Malaysia keseluruhannya.


Objektif utama seminar ini adalah untuk menghimpunkan tenaga pendakwah dan mengukuhkan jaringan dakwah di kalangan wanita, di samping dapat member suntikan motivasi bagi memantapkan usaha dakwah di kalangan wanita serta menjalin hubungan yang erat antara JAWI dengan kumpulan sasar.

Seminar dimulakan dengan pembentangan oleh Encik Mohd. Azmi Abdul Hamid, Presiden Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) bertajuk “Membina Muslimah Sebagai Penggerak Khaira Ummah”, manakala diikuti pembentangan oleh Ustazah Rubiyah Haron, Mantan Pengetua SBP Integrasi Kubang Pasu, Kedah bertajuk “Peranan Muslimah Mengembalikan Izzah Ummah”.

Majlis tersebut telah dirasmikan dengan jayanya oleh Y.Bhg Dato’ Hj. Wan Mohamad Bin Dato’ Syeikh Ab. Aziz, Ketua Pengarah Jakim, Encik Mohd Azmi Bin Abdul Hamid, Presiden Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) dan Y.Bhg Datin Hajah Aminah Binti Hj. Zakaria, Pengerusi Pergerakan Persaudaraan Muslimah (SALIMAH).

Antara yang turut hadir dalam majlis perasmian ini ialah Encik Azman Bin Yusof, Ketua Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan dan Y.Bhg Tuan Haji Abdul Rahman Bin Yusof, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI.


IKLAN 

No comments:

Post a Comment