RESEPI PENEBUS DOSA
Ambilkan akar pohon masa fakir dan berhajat kepada Allah
Bersama akar kerendahan hati yang ikhlas kepada Allah
Jadikan taubat sebagai taubat campurannya
Lalu masukkan wadah redhaatas semua ketentuan dan takdir Allah
Campurkan dengan campuran qanaah
Iaitu rasa puas dengan apa yang Allah berikan kepada kita
Jadikan taubat sebagai campurannya
Masukkan ke dalam kuali taqwa
Tuangkan air rasa malu
Lalu dididihkan dengan api cinta
Kemudian masukkan dalam adunan syukur
Serta keringkan dengan kipasan harap
Lalu akhirnya , minumlah dengan senduk pujian
(jika anda mampu lakukannya pasti anda mampu mencegah penyakit dan pelbagai ujian samada di dunia ataupun di akhirat)
No comments:
Post a Comment